Sunday, January 25, 2009

Perutusan Tahun Baru Cina






Perutusan Tahun Baru Cina 2009
25 Januari 2009

Sebagaimana biasa, tiap-tiap tahun masyarakat Tiong Hua di negara ini, bersama masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan meriah. Tambahan lagi, tahun ini ialah tahun lembu; melambangkan kemakmuran yang dihasilkan dari usaha yang bersungguh-sungguh berserta keazaman yang tinggi. Walaupun berdepan dengan jangkaan banyak pihak bahawa keadaan ekonomi tahun ini tidak memberansangkan, saya percaya berbekalkan keazaman yang teguh dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita semua pasti mampu mengharungi segala krisis mahupun cabaran yang mendatang. Yakinlah hanya rakyat sahaja mampu memastikan ini semua terjadi; satu perubahan mendasar ke arah Malaysia yang lebih makmur dan kaya.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai buat seluruh rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Post a Comment