Monday, April 6, 2009

Program Dr M diraikan oleh bukan pengundi Bukit Selambau

Selepas tengahari, saya dihubungi oleh seseorang yang ingin memaklumkan kehadiran beliau di majlis kempen BN yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM). Sebagai makluman, IKM merupakan tempat pembuangan undi bagi kawasan mengundi Taman Peruda.

Disebabkan makluman beliau agak menyeluruh, maka di sini saya perturunkan segala butiran makluman tersebut untuk tatapan semua.

"Saya sampai di IKM pada jam lebih kurang 2.50 petang setelah dimaklumkan oleh seorang rakan pada pagi tadi. Saya lihat sudah ada beberapa buah kereta yang diletakkan di padang IKM. Bendera BN dan UMNO dipasangkan di pelbagai ruang kawasan IKM. Entahlah bagaimana sebuah institusi kerajaan telah digunakan untuk manfaat parti politik. Malah, peralatan canggih milik hak Kerajaan Persekutuan (iaitu "Implementation and Coordination Unit" (ICU), Jabatan Perdana Menteri) turut digunakan. Kenderaan milik Unit Bencana, Jabatan Penerangan Malaysia turut digunakan. Agaknya ada "bencana" yang akan menimpa di IKM nanti.


"Saya datang awal kerana mengikut jadualnya, Dr Mahathir akan sampai pada jam 3.30 petang. Kemudian Ketua Bahagian UMNO, Datuk Tajul Urus Mohd Zain menyatakan bahawa selepas berkempen di Bukit Gantang, Dr Mahathir akan diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Besar Sungai Petani dan kemudiannya dibawa ke IKM. Tetapi cuaca buruk tidak mengizinkan. Barangkali kerana itulah Unit Bencana, Jabatan Penerangan turut diheret ke IKM.


"Dari 3.30 petang ke 4.30 petang. Namun rombongan Dr Mahathir tidak kelihatan. Orang ramai yang telah hadir sejak jam 2.00 petang termasuk para pelatih IKM dan GiatMara di seluruh Kedah sudah berduyun-duyun diangkut untuk memenuhi ruang sekiranya tidak ramai yang hadir. Malangnya setelah didapati orang semakin ramai, para pelatih diminta meninggalkan tempat duduk mereka. Keperluan mereka sudah tidak ada.

"Yang agak menarik ialah saya sebagai pengundi di kawasan Bukit Selambau cuba meninjau-ninjau muka-muka lama yang akan mengundi besok. Memang ada beberapa orang yang agaknya merasa terpanggil untuk datang hadir. Namun bilangan mereka barangkali di sekitar 10-20%. Yang lain datangnya dari luar kawasan mengundi; malah tidak kurang yang datang dari beberapa kawasan lain. Semuanya ingin menonjolkan semula wajah mereka kepada Dr Mahathir, yang dirasakan masih terus berpengaruh.
"Di dalam kesbukan (pandemonium) majlis ini, beberapa muka tidak kelihatan. Umpamanya, tidak seorangpun Naib Presiden UMNO yang hadir. Timbalan Presiden UMNO pun tiada. Beberapa orang telah membangkitkan persoalan kenapakah Ketua Pemuda UMNO tidak hadir. Jawab seorang lagi, "barangkali dia takut nak jumpa Dr Mahathir". Rupa-rupanya mereka ini adalah kumpulan Pemuda UMNO Jerai dan Pendang. Ketua Wanita hanya hadir di saat-saat akhir ketika Dr Mahathir sampai. Beberapa menteri Kabinet turut hadir seperti Rais Yatim (Kementerian Luar Negeri), dan Mohammad Zain (Kementerian Kerja Raya).
"Oleh kerana rombongan Dr Mahathir lambat dua jam, maka majlis terpaksa diberi pengisian. Malangnya saya merasakan bahawa BN tidak mempunyai pemidato yang petah. Lalu "diheret" calon BN iaitu Ganesan untuk berbicara. Itupun hanya untuk 10-15 minit. Kata para hadirin di belakang saya, "aku pun boleh cakap macam tu!"
"Lalu "diheret" Datuk Othman Abdul. Setelah lebih setengah jam beliau membelasah Anwar Ibrahim yang menurut beliau telah turut dididik oleh beliau di dalam UMNO, beliaupun kekeringan idea. Lalu kembali semula ke tempat duduk beliau. Pentaspun menjadi sunyi dan sepi. Rombongan Dr Mahathir masih belum sampai.
"Setelah beberapa lama, Datuk Seri Mohd Isa Samad pun dijemput. Seiring dengan lagak seorang penglipur lara, beliau mendedahkan bagaimana Tengku Adnan Tengku Mansor, Johari Baharum dan beliau sendiri merancang untuk mendesak Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Pada mulanya, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Johari Baharum semacam tidak selesa dengan pendedahan tersebut; namun kemudiannya membiarkan sahaja.
"Datuk Seri Mohd Isa Samad terus berceloteh bahawa beliau tidak akan membiarkan Kerajaan menghapuskan ISA kerana namanya beliau adalah ISA. Namun di sebalik jenaka tersebut, terselit suatu mesej yang sangat tersirat.

1 comment:

  1. Kepada Penyokong Pakatan Rakyat,

    Sila pesan pengundi-pengundi di Bukit Gantang/Bukit Selambau/Batang Ai yang kamu kenal keluar mengundi seawal-awalnya untuk mengelakkan 'Pengundi Hantu' mengambil alih undi mereka.

    Dan ramalan cuaca meramalkan hujan akan turun di Bukit Gantang/Bukit Selambau dari pukul 12tengahari hingga petang.

    Polis Trafik juga akan membuat RoadBlock di banyak tempat dan ini akan menyebabkan jalanraya sesak dan pengundi mungkin terkurung dalam traffic jam dan tak dapat sampai ke tempat mengundi dalam masa.

    Jadi, sila pesan pengundi-pengundi supaya keluar mengundi di sessi pagi.


    Terima Kasih.

    -----------------------------------

    Dear All Pakatan Rakyat Supporters,

    Pls request all the voters in Bukit Gantang/Bukit Selambau/Batang Ai that you know to go to cast their vote earlier to avoid 'Pengundi Hantu' taken their place.

    Besides, the wheather forecast show there will be rainy day in Bukit Gantang and Bukit Selambau from afternoon onwards.

    Furthermore, the Police will imposed Roadblock on many main roads and this may cause voters caught in the traffic jam and unable to reach the polling station on time.
    Therefore, pls tell the voters to cast their vote in the morning session.

    Thank You.

    ReplyDelete