Tuesday, August 11, 2009

Kenyataan Media DSAI 11-08-2009

KENYATAAN MEDIA
11 Ogos 2009
Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja denganhasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.
Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO.
Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8 September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa. Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.
Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan
147410 Petaling Jaya
Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
Follow Biro Komunikasi on Twitter at twitter.com/KomKeadilan.
To receive updates, media advisories, releases and statements, please register your details at http://tinyurl.com/daftarmedia.
Ikuti Biro Komunikasi di Twitter melalui twitter.com/KomKeadilan.
Untuk menerima perkembangan terkini, berita semasa dan pengumuman kepada media, sila daftarkan maklumat saudara/saudari dihttp://tinyurl.com/daftarmedia.

Media Statement Dato Seri Anwar Ibrahim 11-08-2009

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE


11 August 2009

UMNO leadership is vigorously spreading propaganda that manipulates symbols of race, religion and royalty with the intention of perpetuating narrow-minded views on communal relations.
This is not the first time that I have become been branded a Malay traitor. There have been many similar attempts in the past and this latest effort is a clear indication of UMNO’s increasing level of desperation.

I have no intention of being drawn into a personal dispute with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiuddin Yassin. I only intend to respond to this issue based on facts and principles. It is important for me to stress that my views and Pakatan Rakyat’s position is very clear despite not being covered in the UMNO controlled mainstream media.

The statement by the Pakatan Rakyat leadership signed by Tuan Guru Haji Hadi Awang, YB Lim Kit Siang and myself on 8th September 2008 clearly states Pakatan Rakyat’s commitment to upholding the principles enshrined in the Federal Constitution. These include the status of Islam as the Federal Religion, Bahasa Melayu as the National Language, while allowing for the use of other languages, the sovereignty of the institution of the Malay Rulers, the special rights for Malays and Bumiputeras and the rights of all other races as guaranteed by the Constitution.

We strongly believe we have clear and principled arguments to refute the politics of race and hatred of UMNO leaders who abuse symbols of race, religion and royalty simply to retain power and to conceal their own crimes, corruption and abuses of power.

Betrayal of people’s trust by UMNO leadership continues with the squandering of billions of Ringgit of public funds to pay huge commissions related to military procurements, and appropriation of shares, contracts and licenses that have been allocated for Bumiputeras but have instead been diverted to the families and cronies of the UMNO leadership.
We must not forget that it was UMNO leadership that affronted the institution of the Malay Rulers in 1983 and 1993. And they were also the ones who scorned Islam by issuing additional gambling licenses and selling the nation’s mountains, hills and islands to the same gambling tycoons. The UMNO administration is willing to pawn off the interests of the farmers and Malay small traders by selling Bernas shares to foreign companies.

ANWAR IBRAHIM

Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant SquareNo. 1,
Jalan Tropicana Selatan
147410 Petaling Jaya
Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531

Thursday, July 23, 2009

Debat di Astro Awani

Untuk makluman, malam ini saya dijemput dalam satu program bual bicara, rancangan Sudut Pandang di saluran 501, Astro Awani pada jam 9.30 malam. Topik perbincangan ialah "Menangani Pengganas dan Keganasan melalui Kepimpinan Politik". Jemputan yang lain ialah wakil dari UMNO utk membicarakan topik yang sama.

Kalau punya ruang dan masa kerehatan, sila tontoni rancangan tersebut malam ini.

Saiful

Tuesday, July 21, 2009

Laporan Polis DSAI 21-7-2009

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 21 Julai 2009

Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara.

Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.

Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.

Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.

Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidal terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.
Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.

Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.

Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)
Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.

Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.

Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut

Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.
Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.

ANWAR IBRAHIM

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan
147410 Petaling Jaya
Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531

DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak harus berhenti bernostalgia.

Tuesday, July 21, 2009
Hari ini sekali lagi DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah, bertitah menyentuh mengenai hak Raja - Raja Melayu dan Perlembagaan Negara.(sila klik sini untuk membaca lanjut)
Di kesempatan ini che'GuBard ingin merafak sembah memohon agar ke bawah Tuanku berhenti terlalu bernostalgia.
Sistem beraja dalam negara ini dikenali sebagai 'Raja Berpelembagaan' , ertinya Hak dan Kedaulatan Raja - Raja Melayu dipelihara dalam Perlembagaan Negara. Begitu juga hak bahasa, hak bangsa Melayu dan seumpamanya. Perlembagaan merupakan dokumen penuh 'roh' yang menjamin sistem dan kelicinan perjalanan negara ini dengan menjamin hak dan kebebasan tiap individu. Perlembagaan yang sama jugalah menjadi tiang seri memastikan sistem beraja (Raja - raja Melayu) mampu menjadi payung teras memayungi rakyat semua dan menjadi tiang seri agama dan bangsa.
Persoalan adakah Raja Melayu, hak agama, bangsa mahupun bahasa kian terhakis, jawapannya ialah YA !.... untuk menghakis hak yang dijamin perlembagaan tersebut perlulah perlembagaan itu dipinda. Perlembagaan hanya boleh dipinda dengan majoriti dan kelebihan di Parlimen Malaysia. PAS mahupun KEADILAN tidak pernah menikmati majoriti dalam parlimen untuk meminda perlembagaan tersebut, begitu juga DAP. Umno dan Bn (atau dulu Perikatan) yang menikmati kuasa majoriti di Parlimen dan merekalah yang telah meminda beberapa kali perlembagaan hingga menghakis hak termasuk hak dan kedaulatan Raja - Raja Melayu.
Parti yang berimej parti ekstremis Melayu itulah sendiri yang menghakis hak orang Melayu. Kali terakhir apabila tahun 1994 seluruh media dalam negara untuk 'menfitnah Raja Melayu'. Bukan selindung lagi....ingatkah kita TV3, Utusan, RTM dan lain - lain digunakan untuk memberikan persepsi buruk kepada raja Melayu...Sultan Kelantan mencuri kereta sendiri, Sultan Pahang kaki judi, Sultan Johor 'gangster', Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 'kaki arak'...begitulah kurang ajarnya media yang mendokong Umno...Raja Melayu dimalukan...rakyat diberi persepsi salah dan Umno telah meminda perlembagaan meragut hak Raja - raja Melayu ketika itu dengan pindaan perlembagaan di Parlimen.
Ingat ia kerja Umno bukan DAP!!
Umno (baca Mahathir) membuat semua ini kerana ingin menghadkan kuasa raja kepada kuasa 'upacara sahaja', dan selebihnya dikendalikan oleh parti pemerintah.
Menyedari hakikat Raja - raja melayu sudah hakis daulat dan hak maka Kongres Nasional Keadilan 2008 yang dihadiri oleh Melayu, Cina, India, Iban, Dayak dan semua kaum di negara ini telah meluluskan resolusi perlunya ada satu usaha serius untuk mengembalikan kedaulatan dan hak raja - raja Melayu agar sistem beraja ini mampu memainkan peranannya semula sebagai payung kepada semua rakyat negara ini.Begitulah dakwah Parti Keadilan Rakyat kepada semua rakyat. Raja adalah milik semua, raja harus dihormati bukan sahaja Melayu tetapi Cina, India, orang Asal atau apa kaum saja yang duduk dalam negara ini, barulah Raja Melayu punya daulat dan keistimewaan di mata rakyat.
Kembali kepada titah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, patik merafak sembah agar Tuanku tidak terlalu bernostalgia. Sebaliknya lihatlah kuasa rakyat sebagai teras kuasa dalam negara ini, namun kuasa rakyat ini memerlukan payung Tuanku untuk terus hidup sentosa dalam negara tercinta ini.
Jesteru itu jika Tuanku berjaya mengembalikan dan memperkasakan kuasa rakyat percayalah kedaulatan Raja Melayu juga akan kukuh dan dimuliakan.
Ingat sejarah ketika Raja - Raja Melayu ditipu oleh Mc Micheal, rakyat bangkit menentang, memerdekakan dan mengembalikan kuasa ke dalam Istana. Kuasa Rakyat yang kuat menjamin Raja yang berdaulat.
Akhir sekali Tuanku fahamilah Umnolah yang telah banyak kali mengkhianati raja Melayu.
Ampun Tuanku beribu ampun.
Badrul Hisham Shaharin

Friday, June 26, 2009

MEMORANDUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT 26-6-2009

MEMORANDUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT

26 Jun 2009

Y.Bhg. Dato' Mohd. Yusof Bin Hj. Zainal Abiden
Peguamcara Negara II
Jabatan Peguam Negara
MALAYSIA

Y.Bhg. Dato'

MEMORANDUM SUPAYA PERTUDUHAN JENAYAH LIWAT KEDUA TERHADAP YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIGUGURKAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan kes yang telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 8hb Julai 2009 adalah berkaitan.

1. Untuk makluman Y.Bhg. Dato', pihak Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim untuk kali yang kedua berikutan dengan pendedahan mengenai laporan perubatan oleh seorang doktor dari PUSRAWI dan 3 orang Pakar Hospital Besar Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap si pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah didapati TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BERLAKU TUSUKAN (PENETRATION) SECARA KLINIKAL DAN KONKLUSIF PADA DUBUR SI PENGADU yang boleh mensabitkan atau membuktikan bahawa kejadian liwat seperti yang didakwa telah berlaku.

2. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa segala pertuduhan yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini merupakan satu perancangan konspirasi politik oleh pihak tertentu yang menyedari bahawa kekuasaan mereka selama ini telah tergugat sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu diumumkan. Perancangan konspirasi liwat ini adalah merupakan satu alternatif bagi pihak tersebut untuk memastikan kemaraan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di arus perdana politik dapat dihancurkan dan dengan pertuduhan ini ia akan dapat memburukkan kredibiliti YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia.

3. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah di arahkan oleh Peguam Negara Malaysia untuk mengetuai barisan kumpulan Pendakwaan yang akan mengendalikan kes ini kelak dengan tujuan untuk menyabitkan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam apa keadaan sekali pun (at all cost). Pihak Pemuda Pakatan Rakyat juga percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah diberikan arahan dan harapan yang tinggi oleh pihak tertentu untuk memastikan agar YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim akan disabitkan di dalam kes liwat ini selepas KEGAGALAN pihak Pendakwaan yang dikepalai oleh Peguam Negara Malaysia pada tahun 1998.

4. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat ingin memohon supaya Y.Bhg. Dato' untuk MENGGUGURKAN pertuduhan ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang dinyatakan di atas dan memohon supaya Y.Bhg. Dato' tidak sesekali tunduk kepada mana-mana arahan atau tekanan supaya kes ini diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Peguam Negara Malaysia selama ini. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang sangat berpengalaman dan dihormati oleh pendukung keadilan untuk memastikan Jabatan Peguam Negara tidak terus diperkudakan oleh pihak tertentu bagi maksud memenuhi tuntutan nafsu mereka yang ingin terus berkuasa walaupun semakin ramai rakyat negara ini kian kuat menolak mereka.

5. Adalah besar harapan rakyat Malaysia supaya Y.Bhg. Dato' untuk mengembalikan semula imej cemerlang Jabatan Peguam Negara sebelum Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik menjadi Peguam Negara Malaysia hasil habuan dari kerajaan selepas usaha beliau dengan dibantu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dipenjarakan dalam kes sebelum ini.

6. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya Y.Bhg. Dato' memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan ini dan seterusnya tidak dipergunakan oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara Malaysia, maka tindakan Y.Bhg. Dato tersebut akan disokong oleh semua rakyat Malaysia yang telah marah dan berasa jijik dengan sikap yang diamalkan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan yang membiarkan institusi di bawah jagaan mereka dilacurkan demi kepentingan pangkat yang di sandang oleh mereka.

7. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat berharap agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta ke arah menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.

”PULIHKAN KREDIBILITI INSTITUSI KEHAKIMAN: GUGURKAN DAKWAAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM”

Yang Benar,

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

YB LOKE SIEW FOOK
Ketua Pemuda DAP

Thursday, June 25, 2009

Pakatan Rakyat Tolak Kerajaan Perpaduan ala UMNO


KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
22 Jun 2009-
Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

Sunday, June 21, 2009

Program Sumbangan Kerusi Roda

Hari ini, sepagian saya dan beberapa teman sukarelawan Yayasan Aman telah pergi ke empat buah rumah penduduk di sekitar Bukit Selambau untuk menyampaikan amanah sumbangan kerusi roda kepada 4 penerima sumbangan yang memerlukan bantuan.

Bersama bapa penerima dan jiran-jiran beliau selepas menyerahkan kerusi roda. Penerima adalah anak kurang upaya berusia 18 tahun yg tidak mampu bergerak sejak dilahirkan kerana demam panas. Keluarga memohon sejak 2004 tapi tiada jawapan.

Mereka adalah antara puluhan pemohon dan penduduk yang kurang berkeupayaan, yang telah memohon melalui Yayasan Aman untuk mendapatkan bantuan kerusi roda selama ini. Sebelum ini, mereka telah memohon untuk bantuan kerusi roda melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi mungkin kerana karenah birokrasi yang keterlaluan, permohonan mereka tidak diketahui statusnya. Ada yang memohon sejak tahun 2005, tetapi fail permohonan mereka hilang entah ke mana.


Sdr Nasir, sukarelawan Yayasan Aman sedang mendapatkan butir-butir pemohon sumbangan

Atas inisiatif saya dan beberapa teman, kami berjaya mengumpulkan sumbangan bagi membeli beberapa kerusi roda utk kegunaan mereka. Saya memperkenalkan konsep "pinjam dan pulang", iaitu, Yayasan Aman sebagai sebagai pertubuhan kebajikan bukan kerajaan meminjamkan kerusi roda itu untuk kegunaan pemohon sehingga mereka tidak memerlukannya lagi atau sehingga mereka meninggal dunia. Kerusi itu kemudiannya akan dikembalikan kepada Yayasan oleh waris mereka untuk dipinjamkan pula kepada pemohon yang lain.

Saya sedang cuba mengumpulkan dana untuk membeli kira-kira 50 lagi kerusi roda untuk tujuan seperti di atas. sehingga hari ini, Yayasan sudah meminjamkan kira-kira 11 kerusi roda dan 3 daripadanya sudah dipulangkan kepada Yayasan selepas pemohonnya meninggal dunia. Saya sedaya upaya mengurangkan karenah birokrasi bagi memastikan pemohon tidak menunggu terlalu lama bagi mendapatkan kerusi roda untuk kegunaan harian mereka. InsyaAllah, saya yakin dengan bantuan dan sumbangan serta komitmen semua, projek bantuan kerusi roda ini akan berjaya dan dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Kemudiannya, bersama sdr Asri, penyelaras Yayasan Aman Kedah, saya turun menyampaikan sumbangan bantuan awal membina semula kediaman sepasang suami isteri warga emas yang sudah uzur. Kediaman sedia ada sudah terlalu uzur dan lantai-lantainya sudah terlalu reput sehinggakan saya tak berani nak menaiki rumah tersebut. Malahan alang lantai rumah tersebut yang juga sudah reput hanya disokong oleh beberapa batang kayu penyangga dari pokok getah. Yayasan Aman bercadang merobohkan rumah tersebut dan membantu mendirikan semula rumah yang lebih kukuh dan selamat untuk pasangan warga emas tersebut. InsyaAllah, saya berjaya mendapatkan komitmen YB Dr Hamdan, ADUN Tanjung Dawai untuk turut membantu, serta beberapa teman ahli perniagaan tempatan untuk menyumbang bata, kayu dan simen bagi membina semula rumah untuk pasangan tersebut.

Bersama sdr Asri yang berbaju merah.




Saturday, June 20, 2009

Program Bersama Pusat Giat Ilmu Merbok

Semalam saya dijemput untuk bersama-sama menjayakan program sehari anjuran Pusat Giat Ilmu Merbok (PGI Merbok), sebuah NGO tempatan yang hanya menumpukan soal meningkatkan tahap pendidikan anak-anak desa, khususnya di kawasan dewan undangan negeri Tanjung Dawai. Program ini turut melibatkan tetamu Kelab Lions Sungai Petani, Kelab Golf Sungai Petani dan badan kebajikan kakitangan hospital Metro Sg Petani.

Tetamu Program Sehari Pusat Giat Ilmu bersama sebahagian anak-anak desa yang mengikuti kelas tuisyen di Pusat Giat Ilmu

Dalam program tersebut, para tetamu dibawa melawat beberapa pusat tuisyen desa yang dikendalikan oleh PGI Merbok, serta dibawa melawat kawasan hutan bakau serta projek aqua-tani desa secara kecil-kecilan yang diusahakan oleh penduduk kampung dengan pemantauan dari PGI Merbok.
Saya, Paksu Ramli dan anak-anak didik Pusat Giat Ilmu

Program Lawatan ke kawasan Pemuliharaan Paya Bakau yang dipantau oleh Pusat Giat Ilmu dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

PGI yang ditubuhkan pada tahun 1996 serta diasaskan oleh Pak Su Ramli, seorang anak tempatan yang gigih, bekas pesara USM merupakan satu-satunya NGO yang saya tahu begitu komited dalam soal pendidikan anak-anak desa. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Pak Su Ramli demi pendidikan anak-anak desa yang tidak berkemampuan untuk ke kelas-kelas tambahan. PGI Merbok menumpukan kepada kelas-kelas tambahan peringkat rendah dan menengah rendah, khususnya dalam subjek bahasa Inggeris, matematik dan sains. Alhamdulillah, sejak 1996, PGI Merbok berjaya melahirkan ribuan 'graduan' PGI yang ada daripadanya menjadi golongan professional yang kembali menyumbang kepada PGI Merbok.

PAK SU RAMLI, tokoh reformis Pendidikan anak desa

Saya mula berkecimpung membantu PGI Merbok sejak tahun 2004 melalui NGO peribadi saya, Pusat Pembangunan Komuniti atau PENITI. Walaubagaimanapun, sejak tahun 2006, saya dan beberapa teman-teman menggerakkan Yayasan Aman yang diamanahkan pd saya untuk sama-sama membantu PGI dalam soal pendidikan anak-anak desa, khususnya di Tanjung Dawai. Keluarga anak-anak desa ini datang dari pelbagai latarbelakang politik, tapi yang pastinya, ke semua mereka tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan tambahan atau kelas tuisyen. Fokus saya ialah melahirkan kelompok teras anak-anak desa yang mampu dihantar ke sekolah-sekolah berasrama penuh seperti saya dulu, dan mereka ini apabila berjaya, kembali membantu meneruskan perjuangan PGI Merbok yang diasaskan oleh Pak Su Ramli.

Hari ini, PGI Merbok sudah punya 3 pusat tuisyen desa yang dijalankan sepenuhnya oleh sukarelawan, yang sebahagiannya merupakan bekas-bekas pelajar awal PGI Merbok dulu, bertempat di Kampung Belau dan Kampung Sungai Batu Besi, selain pusat awal di Kampung Bujang. InsyaAllah, mulai bulan depan, saya akan membuka 2 lagi pusat tuisyen desa yang akan dinamakan sebagai Pusat Giat Ilmu-Yayasan Aman di kawasan Pekan Sungai lalang (pejabat Yayasan Aman) dan Kampung 50 Relong di Bukit Selambau. Saya menerima komitmen yang menggalakkan dari guru-guru dan bekas-bekas guru yang turut ingin mambantu menjayakan misi meningkatkan pendidikan anak-anak desa. InsyaAllah, dengan komitmen semua, misi ini akan mencapai matlamat jangka panjang, iaitu melahirkan generasi baru desa yang lebih berilmu dan mampu mengeluarkan diri mereka serta keluarga mereka dari kepompong kemiskinan mereka selama ini.

Pusat Giat Ilmu Kampung Belau

Bekas Bangsal yang dijadikan kelas Tuisyen Desa

Peralatan Pusat Tuisyen yang diambil dari kerusi dan meja sekolah-sekolah yang sudah rosak dan dibaikpulih sendiri oleh sukarelawan PGI Merbok

Bangsal Kedua Pusat Giat Ilmu Merbok di Kampung Belau.

Kepada anda yang ingin membantu, kami di Yayasan Aman membuka satu akaun khas untuk sumbangan secara tetap bagi membantu kami terus menjalankan aktiviti yang berteraskan pendidikan dan kebajikan. Akaun kami ialah di Maybank (Islamic), akaun no. 5520-5970-31313 di atas nama Yayasan Aman. Semua sumbangan akan mendapat pengecualian cukai. Bagi mendapatkan resit pengecualian cukai, sila fakskan resit sumbangan anda ke no 04-4589651 atau telefon sdr Asri Omar di 019-4428874.

Kami punya pelbagai latarbelakang sukarelawan, yang berbeza kaum, peringkat umur dan fahaman politik, tapi punya satu matlamat bersama dalam meningkatkan tahap pendidikan anak-anak desa.

Sunday, April 26, 2009

Najib Menghapuskan Dasar Milikan 30% Ekuiti Bumiputera

Pengumuman beberapa hari lalu oleh PM Najib tentang dasar baru liberalisasi ekonomi memang sudah diduga. Dasar baru yang melibatkan penghapusan syarat milikan kuota bumiputera 30% ke atas 27 sub sektor perkhidmatan yang berkuatkuasa serta merta dilihat sebagai satu cubaan untuk memenangi hati pengundi bukan melayu yang sejak lebih setahun lalu dilihat kental menyokong parti-parti dalam koalisi Pakatan Rakyat. Alasan yang diberikan oleh Najib ialah ianya sebagai syarat kepatuhan terhadap keahlian Malaysia di dalam Asean Economic Community (AEC) dan World Trade Organisation (WTO).
Sektor-sektor yang terlibat ialah sektor Kesihatan, Khidmat Awam, Pelancongan, Kewangan, Perundangan, Pengangkutan, Perdagangan, Pengkomputeran dan sektor-sektor lain yang berkaitan.
Nampaknya Najib, sepertimana pimpinan UMNO yang lain dan yang lalu masih gagal memahami kenapa rakyat, khususnya bukan melayu menentang DEB yang muncul selepas insiden rusuhan kaum 1969. Rakyat, termasuk orang melayu bukannya menentang dasar tersebut dari segi kandungan, tetapi perlaksanaan dasar tersebut sejak 1970, yang dilihat hanya menguntungkan beberapa kelompok pemodal atau politikus yang berkait rapat dengan UMNO. Maka wujudlah beberapa terminologi atau istilah sindiran seperti dasar 'UMNOPutra', dasar 'kroni kapitalis', 'white discrimination', dan sebagainya.
Majoriti orang Melayu di negara ini tidak bertuah seperti mana saudara-saudara mereka yang didalam UMNO. Bahkan, perlaksanaan dasar ini sejak dulu lagi lebih dilihat menindas orang Melayu sendiri, di samping menganaktirikan orang bukan Melayu. Untuk Melayu itu beroleh sesuatu di bawah dasar ini, termasuk dalam bidang pendidikan dan perniagaan, mereka mesti jadi orang UMNO. Yang bukan UMNO, hanya boleh pandang dan lihat.
Kita ambil contoh dalam konteks pendidikan, kalau nak dapat sokongan JKKK untuk pinjaman buku teks, pinjaman atau biasiswa pendidikan dan sebagainya, orang Melayu itu mesti isi borang UMNO dulu! Kalau nak dapat pinjaman perniagaan di bawah pelbagai insentif seperti TEKUN dan sebagainya, mesti isi borang UMNO dulu. Kalau JKKK dah kenalpasti orang Melayu itu menyokong PAS atau mana-mana parti lain dari UMNO, segala permohonan akan disenaraihitamkan buat selama-lamanya! Bahkan, ada sesetengah kes, walaupun mereka ahli UMNO, tapi dari kem yang berbeza, mereka juga turut disenaraihitamkan!
Perlaksanaan atau pengaplikasian dasar ini dah terlalu teruk dipolitikkan oleh UMNO. Memang betul, sejak dasar ini diperkenalkan, bilangan professional dari kalangan orang Melayu meningkat. Bilangan peniaga dan jutawan Melayu juga turut meningkat, tapi persoalannya, adakah peningkatan ini meliputi segenap lapisan masyarakat atau dari kelompok UMNOputra tertentu sahaja? Kenapa jurang ekonomi dan pendidikan intra-Melayu semakin melebar? Kenapa orang Melayu sendiri ramai yang meluat dengan perlaksanaan dasar ini? Sampai bila orang Melayu, khususnya dalam UMNO nak biarkan diri ditipu dan dibuai nostalgia ilusi dan propaganda syok sendiri?
Bila DS Anwar melalui parti KeADILan menawarkan Agenda Ekonomi Malaysia, dia dikatakan khianat kepada orang Melayu. Saya yakin, pengkritik-pengkritik ini tidak pernah baca dokumen AEM ini! Mungkin, kalau mereka baca, mereka akan malu sendiri, lantaran kebodohan dan kesombongan mereka.
DEB bukanlah segalanya untuk orang Melayu! DEB pernah punya peranan penting dalam menyusun semula masyarakat di peringkat awal perlaksanaannya, tapi kini ia hanya sebagai alat atau alasan pimpinan UMNO untuk mengkayakan diri mereka! Kerana itulah, yang paling kuat mengkritik AEM ialah pimpinan UMNO. Mereka takut, tembelang khianat amanah mereka yang terbongkar! DEB sudah hampir hilang relevannya kerana perbuatan khianat pimpinan UMNO. Sayang sekali, ahli-ahli kecil UMNO dibawah masih terus rabun dan terus enak biarkan diri mereka dibuai oleh nostalgia silam!!
Zaman sudah berubah, dan keperluan masyarakat juga berubah. Dasar ekonomi yang baru diperlukan untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak yang selama ini tertinggal dalam menikmati hasil kekayaan negara ini. Dasar ekonomi yang baru perlu bebas dari campurtangan politik yang keterlaluan dalam perlaksanaannya. Dasar liberalisasi melampau tidak akan membantu, kerana ianya hanya akan menguntungkan kelompok pemodal atau yang sudah punya modal, hasil pengkhianatan dasar ekonomi yang terdahulu.
Kalau Najib benar-benar ini merubah, dia harus mampu mendengar suara hati rakyat, bukannya kelompok elit UMNO yang mengelilingi beliau! Najib juga harus mampu duduk semeja dengan semua pihak, lebih-lebih parti-parti gabungan Pakatan Rakyat sekiranya dia benar-benar ikhlas nak realisasikan konsep 'One Malaysia' yang diwar-warkan baru-baru ini. Perbezaan politik bukannya halangan untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat terbanyak! Kesilapan lampau harus diakui, dan ianya wajib dibetulkan sebelum ianya melarat hingga merosakkan negara dan rakyat! Kepentingan rakyat terbanyak harus diutamakan berbanding dengan kepentingan peribadi.
Saya sendiri bukannya pandai sangat, tapi boleh la sikit-sikit. Tapi saya yakin, ramai lagi yang punya kepakaran ekonomi yang boleh membantu, cuma mereka tidak berada dalam kerajaan. Najib perlu tunjukkan sedikit 'humility' sekiranya beliau benar-benar ikhlas ingin merubah!
Liberalisasi bukanlah segalanya!
Kg Dato Keramat, KL
26 April, 2009

Friday, April 24, 2009

Pilihan raya, demokrasi Denmark bagaikan pesta

Di sini ingin saya paparkan satu tulisan dari seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Denmark yang saya terima lebih setahun yang lalu. Mungkin ada pengajaran yang boleh kita ambil sebagai panduan amalan proses demokrasi di Malaysia.

Saiful

Pilihan raya, demokrasi Denmark bagaikan pesta
Nov 16, 07


Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Denmark. Tujuan saya bukan berniat menyinggung mana-mana pihak tetapi mahu berkongsi dengan rakan-rakan di tanahair bagaimana sebuah negara bukan Islam menjalankan proses pilihan raya secara demokratik.
Pada 13 Nov 2007 yang lepas ialah Pilihan Raya Umum Denmark. Setelah Perdana Menteri membubarkan Parlimen pada 24 Oktober 2007, bermakna itulah tarikh terakhir untuk rakyat Denmark menukar "kommune" atau pusat komuniti. Buat pengetahuan semua, adalah kewajipan setiap rakyat berdaftar dengan pusat komuniti, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menukar pusat komuniti melainkan berpindah rumah. Setiap perpindahan hendaklah disertakan surat perjanjian sewa/beli rumah.
Setiap rakyat berumur 18 tahun secara automatik layak mengundi di bawah kawasan pusat komuniti mereka dan semua pengundi akan menerima kad mengundi yang dihantar oleh pusat komuniti mereka. Kad mengundi adalah wajib dibawa sebagai bukti mereka adalah pengundi yang sah di kawasannya.
Jentera parti diberi kebebasan untuk berkempen melalui TV, radio, akhbar, iklan, internet dan lain-lain media massa. Semua parti diberi kebebasan untuk menganjurkan debat secara terbuka atau siaran langung. Dua minggu sebelum pilihan raya, bakal-bakal perdana menteri diberi peluang berdebat secara langsung di TV membincangkan isu dan topik kempen mereka. Dua hari sebelum pilihan raya, semua ketua parti mesti menghadiri forum membincangkan isu kempen secara live di TV.
Masing-masing diberi peluang melontarkan soalan kepada parti lawan, tapi mereka bagaikan profesional, gelak ketawa dan emosi masing-masing terkawal sepanjang forum itu.
Pilihan raya bermula jam 6 pagi hingga 8 malam, suasana sunyi macam tiada apa yang berlaku. Dewan Gymnasium sekolah, berdinding kaca lut sinar dijadikan pusat membuang undi.Di pusat membuang undi pula, ia bagaikan satu pesta, setiap orang datang membuang undi tanpa rasa takut. Anak kecil, kanak-kanak boleh dibawa masuk ke tempat membuang undi, bahkan ada yang meminta anak kecilnya memasukkan kertas undi. Tiada seorang polis pun menjaga dewan undi mereka. Tiada undi pos, polis tentera dan semua yang terlibat dengan pilihan raya mengundi macam biasa.
Alangkan sedihnya bila difikirkan, sebuah kerajan bukan Islam boleh telus dalam menjalankan pilihan raya demokrasi.
Anak Malaysia, Denmark

Pilihanraya Kecil Membazir Wang Rakyat?

Lantaran takut dengan kekalahan demi kekalahan kepada Pakatan Rakyat, Najib memulakan omong picisan sebagai 'face saving measures' dengan mengatakan bahawa pilihanraya kecil yang berlaku secara berterusan ini adalah satu pembaziran wang rakyat dan helah politik parti KeADILan untuk mengukur tahap populariti di mata rakyat. Maka segala bala tentera media, penulisan dan elektronik serta media alam maya dikerah semahunya untuk cuba membentuk minda rakyat bagi menerima omongan picisan ini.

Sebagai perdana menteri baru di negara yang sudah lebih separuh abad merdeka, dengan kononnya amalan demokrasi tulen, Najib nyata nyata jauh ketinggalan zaman! Saya membaca beberapa tulisan blog yang cenderung kepada regim BN seperti Norizan Sharif, Fuad Hassan, dan ramai lagi. Ternyata, kerangka pemikiran mereka masih terbelenggu dengan budaya politik lapuk UMNO! Mereka jelas lupa sejarah bikinan sendiri, dan mereka ingat rakyat mudah lupa dan nyanyuk seperti mereka!!

Bagi pencinta UMNO dan BN, amalan demokrasi tulen yang mereka faham ialah perbuatan membuang undi 4 atau 5 tahun sekali seperti yang diamalkan selama ini. Sama ada rakyat bebas mengamal demokrasi, itu persoalan yang lain!! Sama ada wujud amalan demokrasi lain seperti kebebasan media, bersuara, hak berhimpun dan menyuarakan bantahan terhadap penyelewengan kerajaan sedia ada, dan banyak lagi, itu persoalan kedua. Siapa yang menyuarakan perkara-perkara ini dilabel sebagai agen Barat atau yahudi!! Kerakusan mereka menggunakan media kerajaan (harus dibezakan antara kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan!!), semua institusi kerajaan seperti polis, SPR, Jabatan Penerangan, Kesihatan, sekolah awam dan banyak lagi, tidak boleh ditegur, kerana itu kerja pengkhianat negara namanya!!

Mereka lupa bahawa pilihanraya bukan hanya medan memilih wakil rakyat yang akan mewakili pengundi sesuatu kawasan itu, tetapi juga medan untuk rakyat bersuara dengan lantang dan jelas. UMNO lupa bahawa mereka pernah menggunakan kaedah pilihanraya kecil untuk penstrukturan semula politik. Masihkah ingat 2 pilihanraya kecil serentak di Selangor yang dibuat untuk membolehkan Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar pada tahun 1996? (Abu Hassan Omar kemudiannya meletakkan jawatan atas satu skandal yang cuba ditutup oleh BN, yang kemudiannya melantik Khir Toyo sebagai MB baru). Bukankah ini satu pembaziran wang rakyat seperti dalam konteks yang cuba diutarakan oleh Najib?

Di Malaysia, pilihanraya kecil sebenarnya satu rahmat kepada pengundi di kawasan yang terlibat. Tatkala pilihanraya kecillah, BN cuba merasuah rakyat dengan menurun dan meluluskan pelbagai projek mee segera. Lihat saja pelbagai projek menurap jalan dan sebagainya seperti yang kita dapat lihat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau! Kalau tidak, tunggulah sampai pilihanraya umum yang lain pulak, baru dapat 'janji manis' BN atas nama pembangunan! Masa nilah kain batik, beras, gula dan macam-macam lagi mudah diperolehi! Masa nilah jugak masanya untuk sekolah-sekolah dhaif, surau dan masjid bocor, rumah-rumah kebajikan, parit-parit tersumbat dan banyak lagi berpeluang untuk dibaiki segera. Semua ni pakai wang siapa kalau tidak wang rakyat!! kalau tidak ada pilihanraya kecil, semua peruntukan ini akan senyap-senyap masuk dalam poket pemimpin UMNO, melalui pelbagai kaedah yang dihalalkan oleh undang-undang negara ini.

Ketika pilihanraya kecil inilah jugak ahli-ahli UMNO di bawah berpeluang mendapat habuan dan durian runtuh dari pimpinan mereka! Bila Najib merungut, yang turut sama merungut ialah pimpinan UMNO yang lain, kerana mereka tahu, mereka kena keluarkan wang lagi untuk bagi habuan ahli-ahli yang akan buat kerja di bawah nanti!!! Mana ada ahli-ahli UMNO biasa merungut!! Kalau tak turun habuan, maka bilik gerakan takkan dibuka! Wang siapa semuanya ini kalau tidak wang rakyat!!

KeADILan dan PAS bila pilihanraya kecil hanya mampu guna wang parti dan hasil sumbangan ahli-ahli. Walaupun kuasai beberapa negeri, tapi masih tak mahu gunakan wang kerajaan negeri, kerana mereka tahu bezakan antara wang parti dan wang rakyat. Jadi siapa sebenarnya yang bazirkan wang rakyat dalam konteks ini?

Saya masih ramai teman-teman yang pekat dan hangit dengan UMNO, bukannya kerana setia dengan 'agenda perjuangan' UMNO, tapi UMNO la lubuk mereka cari makan! Ada yang nampak 'karat' dengan UMNO, tetapi setia mereka ini sebenarnya bersyarat. Syaratnya ialah fulus! Ada fulus, kerja jalan! Tak dak fulus, boleh jalan! Ramai anak-anak muda yang masuk UMNO kerana janji kehidupan yang lebih baik, peluang pekerjaan yang lebih baik dan macam-macam lagi ang lebih baik, tapi bila dah masuk baru faham hakikat dan realiti sebenar! Jadi mereka terus kekal sebagai pencacai serta pekerja politik professional. Yang ada lebih duit sikit, nak cari peluang berniaga lebih, hatta berniaga atas angin. Jadi, yang pastinya, kelompok-kelompok ini sudah pasti gembira bila ada pilihanraya kecil!

Saya melihat pilihanraya kecil sebagai barometer prestasi yang hanya boleh digerakkan oleh rakyat. Mana-mana parti tidak perlu takut berdepan degan rakyat kalau mereka tidak bersalah atau khianat kepada rakyat. Dalam era politik baru dan moden di Malaysia, rakyatlah yang punya kuasa keramat penentu segalanya! Rakyat punya daulat menaikkan dan menjatuhkan mana-mana pimpinan! Cuma saya harap, rakyat lebih punya ruang demokrasi yang tulen untuk memilih, atas fakta dan maklumat yang benar.

Harapannya agar Penanti akan jadi medan baru untuk rakyat terus suarakan hak dan kehendak mereka. Saya juga impikan, suatu hari nanti, negara ini mampu amalkan demokrasi tulen, di dalam kerangka dan budaya kemajmukan yang wujud dan pasti secara realiti.

Jadi Najib, kenapa takut pilihanraya kecil??

Wallahualam

Kampung Raga, Yan
24 April, 2009

Wednesday, April 22, 2009

Keputusan Tentang Penanti Ditangguh

Rabu April 22, 2009
Kedudukan kerusi DUN Penanti diumum Isnin ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti, Pulau Pinang, Isnin ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pada Isnin ini, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.

"SPR yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkaraperkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang.

"Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini, telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari Parti Keadilan Rakyat, telah meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti yang turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I sebelum itu berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Sebelum ini, Mohammad Fairus, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dilaporkan sebagai berkata, langkah itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.
BERNAMA

Maklumat Pilihanraya Penanti



Sebagai persiapan awal untuk teman-teman yang ingin membantu di Penanti, saya ingin berikan sedikit maklumat awal tentang pola pengundian lalu di DUN Penanti. Mungkin maklumat yang sedikit seperti di atas ini boleh membantu.

Bagi yang kurang pasti lokasi DUN Penanti di dalam parlimen Permatang Pauh, sila rujuk peta ringkas dibawah.


Pada masa yang sama, saya juga baru beroleh perincian keputusan pilihanraya DUN Penanti yang diperolehi semasa PRU 12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu. Keputusannya adalah seperti berikut:

Kalau dilihat keputusan yng diperolehi oleh sdr Fairus dalam PRU ke 12 lalu, PKR menang di dalam semua daerah mengundi (DM) kecuali DM Telok Wang dengan perbezaan 34 undi, namun dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, keputusan tersebut diperbaiki bila PKR menang dengan perbezaan 28 undi, menjadikan PKR memenangi di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu. Majoriti pengundi di DM Teluk Wang adalah masyarakat Siam, dan harus juga diingat bahawa ketika prk Permatang Pauh, petugas luar yang membantu ketika itu adalah kontigen dari Kedah yang diketuai oleh sdr YB Senator Hj Zamri Yusoff.

Bagi yang ingin merujuk kepada keputusan semasa pilihanraya umum ke 10 dulu, iaitu semasa Pak Rahman, bekas Pengerusi Tetap KeADILan memenangi kerusi ini untuk PKR, keputusannya adalah seperti berikut:

Kita tunggu pulak siapakah calon PKR di Penanti, tapi calon favourite setakat ini rasanya ialah Dr Mansor, yang merupakan orang lama parti, yang juga merupakan timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang. Saya yakin harapan PKR untuk kekalkan kerusi ini dengan majoriti yang meningkat adalah cerah sekiranya Dr Mansor menjadi calonnya.

Walau siapapun calonnya, Saya dan teman-teman AMK Kedah akan tetap turun membantu bagi memastikan kemenangan parti dan pakatan Rakyat. Untuk maklumat lanjut nanti, sila layari blog khas untuk prk Penanti iaitu http://n12adunpenanti.blogspot.com/
Selamat Bekerja!!

Gelisah Mahathir Berterusan

Teman-teman sering minta saya beri komen tentang perkembangan baru politik tanahair, terutamanya selepas Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang ke 6 menggantikan Pak Lah Badawi. Saya melihat komposisi kabinet baru yang dikatakan 'sangat bersih' oleh najib yang dikatakan akan membawa perubahan baru kepada negara khusus dalam merealisasikan gagasan baru Najib "One Malaysia" yang diungkapkan beliau sejurus selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

Apa yang boleh saya katakan adalah, saya bersyukur kerana saya turut terlibat dalam memberikan 'hadiah' istimewa menyambut Najib sebagai dan 'menghambat' Pak lah Badawi dari jawatan perdana menteri, dengan menghadiahkan kemenangan besar Pakatan Rakyat di Bukit Selambau kepada rakyat.

Dengan ternobatnya Najib sebagai PM baru ini, maka lengkaplah pusingan ganas kepimpinan UMNO, kembali kepada penguasaan Dr Mahathir. Kabinet 'baru' Najib ini adalah umpama bayangan kabinet harapan Dr Mahathir, dipenuhi dengan kaki bodek dan pimpinan UMNO yang mewarisi legasi kepimpinan Mahathir. Masih ada beberapa 'suratkhabar lama' yang dikitar semula, dengan pakej 'make up' yang baru. Memang, muka-muka lama seperti Rafidah, Tengku Adnan, Aziz Shamsuddin, Sanusi Junid, Arwah Megat Junid, Khalil Yaakob dan ramai lagi sudah tidak ada, tapi barisan pimpinan UMNO yang ada sekarang adalah mereka yang lahir dari acuan dan budaya bobrok yang sama. Khianat dan korupsi adalah amalan biasa yang sudah terbudaya dalam UMNO, warisan atau legasi pemerintahan Mahathir.

Kalau dulu, semasa regim Pak Lah Badawi, Mahathir meracau dan gelisah kerana banyak legasinya cuba dipadam oleh Pak Lah dengan bantuan 'budak-budak tingkat 4'. kini, dia mula kembali meracau dan gelisah kerana dia baru sedar legasinya sukar nak dipulihkan semula kerana rakyat sudah mula membuka mata. Gelombang kedua Reformasi pada 8 Mac, 2008 menyebabkan rakyat sudah mula lebih punya daulat tersendiri.

Kita lihat sendiri, walaupun Najib cuba mengungkapkan konsep 'One Malaysia' kepada rakyat sebagai gula-gula menutup kepincangan pengurusan keharmonian kaum oleh UMNO selama ini, respon pimpinan UMNO yang lain, termasuk Dr Mahathir masih ditahap yang lama. Mereka masih yakin, dengan membangkitkan kemarahan orang Melayu melalui isu-isu kaum dan agama yang direka-reka, mereka masih boleh mengekalkan sokongan rakyat kepada UMNO, khususnya dari orang Melayu, dan pada masa yang sama memberikan mesej amaran yang jelas kepada kaum lain, supaya tunduk dan patuh kepada BN dengan hanya menyokong BN.

UMNO, selagi didalangi oleh kepimpinan 'racist' seperti yang ada hari ini, warisan dari legasi kepimpinan Mahathir, tidak akan ke mana-mana. Adalah menjadi tugas kita generasi baru anak muda, khususnya yang punya akses kepada maklumat untuk terus mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar menolak terus politik perkauman. Tidak ada jalan lain untuk bangsa kita maju ke hadapan melainkan dengan terus mendidik rakyat menerima kebenaran. Jangan ada yang takut atau rendah diri untuk berhadapan dengan cabaran, kerana akhirnya, apabila kita kembali berhadapan dengan Rabbul Jalil, kita akan ditanya sejauh mana kita sudah mencuba untuk merubah masyarakat, dan bukannya sejauh manakah kita telah berjaya untuk merubah masyarakat.

Percayalah, setiap apa yang kita lakukan hari ini, walau sekecil apapun, tetap akan merubah masyarakat suatu hari nanti. Saya sendiri tidak pernah menyangka, pengorbanan yang kita lakukan lebih 11 tahun lalu secara konsisten dan istiqamah, membuahkan hasil seperti yang dapat dilihat hari ini.

REFORMASI!!

Merbok

23 April, 2009



AMK Kedah akan Bantu PRK Penanti

Semalam, saya pulang dari Sungai Petani bertemu dengan teman-teman AMK Kedah membincangkan persiapan khenduri Rakyat yang akan dibuat di perkarangan bangunan Yayasan Aman Kedah di Sungai lalang. Bagi yang sudah lupa, ianya bertempat di Bilik Gerakan Utama AMK Kedah, di laluan jalan lama ke Alor Setar.

Pada masa yang sama, kami juga membincangkan beberapa program yang akan dijalankan oleh AMK Kedah, termasuk program latihan kepimpinan dan skil pengurusan pentadbiran yang akan dibuat secara berterusan. Antara yang hangat dibincangkan ialah penyertaan AMK Kedah alam membantu pilihanraya kecil Penanti yang bakal diadakan selepas perletakan jawatan sdr Fairus sebagai ADUN Penanti baru-baru ini.

Segar dan bersemangat tinggi selepas mengetuai jentera prk Bukit Selambau baru-baru ini, teman-teman pimpinan AMK mendesak agar AMK sekali lagi diberikan peranan penting mewakili KeADILan Kedah dalam prk Penanti. Saya bersetuju dan teruja dengan komitmen dan semangat teman-teman yang tinggi. Urusan awal persiapan terus dibuat dengan menghubungi Pak Tam Permatang Pauh yang mengetuai jentera bahagian Permatang Pauh membantu Bukit Selambau tempohari. InsyaAllah, sekiranya prk Pnanti dijalankan nanti (kita tunggu pengumuman SPR pada 24hb nanti!!), AMK akan turun membantu di JDM Guar Perahu.

Saya sengaja memilih JDM ini kerana cabaran yang akan dihadapi pasti tinggi. JDM ini adalah kawasan majoriti pengundi Melayu (lebih 90%), kubu kuat UMNO, dan dalam prk Permatang Pauh lalu, KeADILan hanya menang agak tipis. Saya yakin, JDM akan sekali lagi menjadi pentas latihan yang baik untuk teman-teman AMK sebagai pendedahan dan persiapan menghadapi pilihanraya umum nanti. Kalau dulu, kami bertugas di JDM Seberang Jaya 1 yang penuh dengan pelbagai cabaran berdepan dengan jentera UMNO N9 yang diketuai oleh Khairy, dalam keadaan KeADILan tidak pernah menang di situ, kami berjaya mendapat kemenangan manis dengan majoriti yang jauh meningkat, kami yakin akan mengulangi kejayaan yang serupa di Guar Perahu dan Penanti secara umumnya.

Saya yakin, dengan pendekatan kempen secara terbuka dan berterus terang, dengan menyebarkan maklumat yang sebenar kepada pengundi apa yang sebenarnya sedang berlaku, pengundi yang dahulunya mengundi calon BN akan berubah hati. Kali ini, teman-teman AMK tidak akan hanya mengambil peranan konvensional anak muda, yang sebelum ini hanya terlibat dengan persiapan fizikal, tetapi akan terus bertemu dengan pengundi, khususnya pengundi muda bagi menyampaikan maklumat yang sebenar.

Negara ini hanya akan berjaya kita rubah sekiranya rakyat punya akses maklumat yang benar dan jelas faktanya. Cabaran besar menanti semua teman-teman yang akan turun membantu, terutamanya berdepan dengan jentera media dan polis kerajaan yang dikudakan oleh UMNO dan BN. Seperti di Bukit Selambau dan lain-lain prk yang kita sertai, saya yakin dan pasti teman-teman AMK tidak akan mudah tunduk dan berubah hati. InsyaAllah, kemenangan yang lebih besar sedang menggamit untuk memastikan perubahan yang lebih besar dan berkekalan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Bukit Selambau
22 April, 2009

Monday, April 20, 2009

Jemputan Ke Khenduri Kesyukuran AMK Kedah

Salam untuk semua,

Saya ingin menjemput semua teman-teman, tanpa mengira kaum, perbezaan fahaman politik mahupun agama untuk menghadiri satu majlis Khenduri Kesyukuran Rakyat anjuran Angkatan Muda Keadilan Kedah, Yayasan Aman dan Majlis Tindakan DUN PAS Bukit Selambau yang bertempat di perkarangan pejabat Yayasan Aman Kedah, Sungai Lalang (Bilik Gerakan AMK Kedah semasa PRK lalu) pada 24hb April ini, Jumaat, mulai jam 8 malam.

Majlis khenduri kesyukuran ini dibuat sebagai tanda terimakasih serta bagi meraikan semua petugas2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat yang banyak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat semasa pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau.

Majlis yang berkonsepkan muhibbah pelbagai bangsa ini ada turut menyajikan kira2 30 jenis pelbagai juadah dari kesemua etnik bangsa utama di Kedah, iaitu Melayu, Cina, India dan Siam yang dibuat secara bergotong royong dan sumbangan bersama semua kaum bagi menunjukkan bahawa perpaduan dan keharmonian sebenar antara kaum lebih mampu dicapai dan digarap di negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya menjemput semua untuk hadir ke majlis ini yang akan dijadikan sebagai satu tradisi baru bagi membina perpaduan dan keharmonian tulen dikalangan rakyat, terutamanya untuk generasi akan datang.
Jom, mai ramai-ramai!!

Tuesday, April 14, 2009

Kenali Perayaan Masyarakat Tamil, Malayalee dan Sikh

Start of new year for Tamils and Malayalees, while Sikhs celebrate Vasakhi

Today is an auspicious day for several communities in Malaysia.

While Tamils and Malayalees usher in their new year, Sikhs celebrate Vasakhi, which marks the anniversary of the creation of the Khalsa order.

The Tamil new year, called Virothi, marked the beginning of the Chittirai month.
“All temples will mark the new year with the abishegam or bathing of the deities at 6.30am followed by a special pooja,”

This will be followed by the reading of the almanac or panjangam immediately after at the various temples.

Ponggal, or sweet rice, will be prepared for devotees. The temple board will also distribute 10,000 copies of the new Tamil calendar to those attending the ceremonies.

Malayalees, meanwhile, observe Vishu, the astronomical new year day, today.

The Vasakhi celebrations at most gurdwara (Sikh places of worship) began on Sunday with the continuous recitation of the Guru Granth Sahib Ji, the Sikh holy book. The Sikhs regard the Granth Sahib as their living Guru.

Perutusan Khas Tahun Baru Tamil, Sikh and Malayalee

Perutusan Khas Tahun Baru Hindu 14 April 2009

Selamat Tahun Baru - Tamizh Puthaandu dan Vaisakhi!

Hari ini, masyarakat berketurunan Tamil pastinya gembira dengan ketibaan hari pertama tahun baru Tamil atau lazimnya disebut Puthaandu. Jika di Sri Lanka, masyarakat Tamil di sana meraikannya sebagaimana sambutan Hari Raya di mana yang tua dan dewasa akan menghadiahkan ‘duit raya’ kepada mereka yang masih bujang utamanya untuk kanak-kanak sebagai tanda kemurahan rezeki.
Bagi penduduk desa, hari ini juga diraikan dengan acara ‘arpudu’ iaitu upacara menuai hasil ladang sebagai simbolik bermulanya kitaran baru aktiviti pertanian untuk tahun akan datang.
Saya dan Azizah pastinya berkongsi kegembiraan dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin senantiasa kekal dalam kebahagiaan. Buat rakyat Malaysia berketurunan Tamil yang meraikannya, saya ucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal!
Tidak dilupakan juga buat masyarakat Sikh yang meraikan hari Vaisakhi. Gagasan hari Vaisakhi yang menyeru kepada persahabatan dan pemahaman bersama sewajarnya diterapkan terutamanya dalam konteks Malaysia yang majmuk.
Ini juga sejajar dengan saranan Guru Gobind Singh Ji yang mengungkapkan: “Kemanusiaan itu sepadu, kita semua merupakan umat dari Tuhan yang satu”.(tamat)
ANWAR IBRAHIM

Thursday, April 9, 2009

Berakhir satu lagi episod politik Kedah

Selama lebih 4 minggu saya tak sempat mengemaskini blog, kecuali sekali semasa kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau yang lepas. Sebelum dari itu, yang terakhir yang sempat saya paparkan ialah ucapan DSAI di parlimen yang membongkar kegiatan beberapa pimpinan UMNO dan BN yang terlibat dalam cubaan menyogok, merasuah, mengugut dan pelbagai lagi kaedah untuk membeli wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Selepas dari itu, saya diamanahkan untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil untuk N25 Bukit Selambau, selepas V. Arumugam meletakkan semua jawatan selaku adun dan exco kerajaan negeri pada 5 februari, 2009. Bukan satu tugas yang mudah. Bilik gerakan dan gerakkerja awal sebagai persiapan parti terpaksa kita gerakkan seawal hari ketiga selepas perletakkan jawatan Arumugam, dan seterusnya adalah sejarah. InsyaAllah saya akan paparkan dalam catatan saya nanti.

Secara ringkasnya, inilah pilihanraya kecil yang paling sukar yang pernah saya lalui. Saya pernah menjadi Pengarah Pilihanraya Negeri Kedah untuk Keadilan pada pilihanraya umum yang lalu, 2008, tapi kali ini ianya jauh berbeza. Tumpuan yang keterlaluan menyebabkan pelbagai tekanan dan cubaan melanda saya dan jentera AMK Kedah yang telah turun sepenuh tenaga dan masa bagi memastikan Keadilan beroleh kemenangan. Rakyat hanya melihat wajah-wajah ceria pimpinan menyambut kemenangan pada malam 7hb yang lalu, tetapi kerja kerasnya yang sebenar adalah di atas bahu seluruh jentera AMK Kedah dan ramai petugas2 lain dari luar yang tidak berwajah (Unsung heroes). Namun, riak mereka yang tidak berwajah pada malam itulah, di bilik operasi Angkatan Muda Keadilan Kedah inilah yang akan kekal dalam ingatan saya, kerana ketulenan semangat perjuangan dan kerja keras untuk meraih kemenangan ini.

Seperti yang saya katakan awal tadi, cabaran kali ini jauh berbeza. Inilah pilihanraya yang penuh dengan tipu muslihat, cabaran dan pengkhianatan dan teman-teman yang pernah sama dalam perjuangan. Namun, semua itu tidak mematahkan semangat untuk terus bekerja, kerana semasa menyiapkan jentera parti kali ini, semua faktor itu sudah diambilkira. Kini saya melihat, semua insiden pengkhianatan yang berlaku, sama ada dari bahagian Merbok, mahupun beberapa individu lain di Kedah sebagai satu rahmat, kerana ianya membuka ruang seluas-luasnya untuk saya dan teman-teman kembali

Kerjasama dan bantuan luarbiasa dari PAS dan DAP membolehkan ke semua ini dicapai.

Monday, April 6, 2009

Program Dr M diraikan oleh bukan pengundi Bukit Selambau

Selepas tengahari, saya dihubungi oleh seseorang yang ingin memaklumkan kehadiran beliau di majlis kempen BN yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM). Sebagai makluman, IKM merupakan tempat pembuangan undi bagi kawasan mengundi Taman Peruda.

Disebabkan makluman beliau agak menyeluruh, maka di sini saya perturunkan segala butiran makluman tersebut untuk tatapan semua.

"Saya sampai di IKM pada jam lebih kurang 2.50 petang setelah dimaklumkan oleh seorang rakan pada pagi tadi. Saya lihat sudah ada beberapa buah kereta yang diletakkan di padang IKM. Bendera BN dan UMNO dipasangkan di pelbagai ruang kawasan IKM. Entahlah bagaimana sebuah institusi kerajaan telah digunakan untuk manfaat parti politik. Malah, peralatan canggih milik hak Kerajaan Persekutuan (iaitu "Implementation and Coordination Unit" (ICU), Jabatan Perdana Menteri) turut digunakan. Kenderaan milik Unit Bencana, Jabatan Penerangan Malaysia turut digunakan. Agaknya ada "bencana" yang akan menimpa di IKM nanti.


"Saya datang awal kerana mengikut jadualnya, Dr Mahathir akan sampai pada jam 3.30 petang. Kemudian Ketua Bahagian UMNO, Datuk Tajul Urus Mohd Zain menyatakan bahawa selepas berkempen di Bukit Gantang, Dr Mahathir akan diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Besar Sungai Petani dan kemudiannya dibawa ke IKM. Tetapi cuaca buruk tidak mengizinkan. Barangkali kerana itulah Unit Bencana, Jabatan Penerangan turut diheret ke IKM.


"Dari 3.30 petang ke 4.30 petang. Namun rombongan Dr Mahathir tidak kelihatan. Orang ramai yang telah hadir sejak jam 2.00 petang termasuk para pelatih IKM dan GiatMara di seluruh Kedah sudah berduyun-duyun diangkut untuk memenuhi ruang sekiranya tidak ramai yang hadir. Malangnya setelah didapati orang semakin ramai, para pelatih diminta meninggalkan tempat duduk mereka. Keperluan mereka sudah tidak ada.

"Yang agak menarik ialah saya sebagai pengundi di kawasan Bukit Selambau cuba meninjau-ninjau muka-muka lama yang akan mengundi besok. Memang ada beberapa orang yang agaknya merasa terpanggil untuk datang hadir. Namun bilangan mereka barangkali di sekitar 10-20%. Yang lain datangnya dari luar kawasan mengundi; malah tidak kurang yang datang dari beberapa kawasan lain. Semuanya ingin menonjolkan semula wajah mereka kepada Dr Mahathir, yang dirasakan masih terus berpengaruh.
"Di dalam kesbukan (pandemonium) majlis ini, beberapa muka tidak kelihatan. Umpamanya, tidak seorangpun Naib Presiden UMNO yang hadir. Timbalan Presiden UMNO pun tiada. Beberapa orang telah membangkitkan persoalan kenapakah Ketua Pemuda UMNO tidak hadir. Jawab seorang lagi, "barangkali dia takut nak jumpa Dr Mahathir". Rupa-rupanya mereka ini adalah kumpulan Pemuda UMNO Jerai dan Pendang. Ketua Wanita hanya hadir di saat-saat akhir ketika Dr Mahathir sampai. Beberapa menteri Kabinet turut hadir seperti Rais Yatim (Kementerian Luar Negeri), dan Mohammad Zain (Kementerian Kerja Raya).
"Oleh kerana rombongan Dr Mahathir lambat dua jam, maka majlis terpaksa diberi pengisian. Malangnya saya merasakan bahawa BN tidak mempunyai pemidato yang petah. Lalu "diheret" calon BN iaitu Ganesan untuk berbicara. Itupun hanya untuk 10-15 minit. Kata para hadirin di belakang saya, "aku pun boleh cakap macam tu!"
"Lalu "diheret" Datuk Othman Abdul. Setelah lebih setengah jam beliau membelasah Anwar Ibrahim yang menurut beliau telah turut dididik oleh beliau di dalam UMNO, beliaupun kekeringan idea. Lalu kembali semula ke tempat duduk beliau. Pentaspun menjadi sunyi dan sepi. Rombongan Dr Mahathir masih belum sampai.
"Setelah beberapa lama, Datuk Seri Mohd Isa Samad pun dijemput. Seiring dengan lagak seorang penglipur lara, beliau mendedahkan bagaimana Tengku Adnan Tengku Mansor, Johari Baharum dan beliau sendiri merancang untuk mendesak Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Pada mulanya, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Johari Baharum semacam tidak selesa dengan pendedahan tersebut; namun kemudiannya membiarkan sahaja.
"Datuk Seri Mohd Isa Samad terus berceloteh bahawa beliau tidak akan membiarkan Kerajaan menghapuskan ISA kerana namanya beliau adalah ISA. Namun di sebalik jenaka tersebut, terselit suatu mesej yang sangat tersirat.

Sunday, April 5, 2009

Projek 'Mee Segera' berleluasa di Bukit Selambau

Projek 'Mee Segera' berleluasa di Bukit Selambau
Mohd Sabri Said Sun, 5 April 2009, Harakahdaily

'Projek Mee Segera' terus berleluasa di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau walaupun Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan tidak ada peruntukan segera sewaktu kempen pilihan raya di ketiga-tiga lokasi yang terlibat dengan kempen pilihan raya kecil pada 7 April ini.

Sepanjang tinjauan Harakahdaily mendapati projek seperti bantuan Sekolah Kebangsaan Tamil, penurapan tar, pembesaran longkang, ekspo dan sebagainya kini makin menjadi-jadi tambahan lagi menjelang tarikh yang menentukan kalah menang calon Barisan Nasional (BN), Dato' S. Ganesan.

Paling ketara ialah sewaktu lawatan rumah ke rumah dan minum petang bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kampung Air Mendidih pada dua hari lepas.

Hujan lebat tidak menghalang beberapa pekerja menurap tar di kampung yang dihuni kaum India itu sedangkan sebelum ini sudah mempunyai tar yang sempurna.

Tiba-tiba sahaja apabila mendapat tahu kehadiran Dr. Wan Azizah BN cepat-cepat memperuntukan sebahagian kewangan kononnya memberi kemudahan kepada penduduk yang telah berikrar memberi sokongan padu pada calon Pakatan Rakyat yang mewakili KeADILan, S. Manikumar.

Begitu juga ketika Harakahdaily menyusul Kampung Sungkap Para yang terletak beberapa kilometer daripada jalan utama menuju ke Pekan Bukit Selambau.

Peristiwa yang sama juga berlaku di mana kelihatan beberapa buah lori menggangkut tar berulang alik serta kedengaran deruan enjin jentera mengelek tar sebagai habuan untuk rakyat.
Bukan itu sahaja Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat merasuah golongan India apabila mengistiharkan bantuan RM350 ribu kepada sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil tiga hari selepas hari penamaan calon pada 29 Mac lalu.

Najib yang sewaktu itu masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sendiri juga melaksanakan projek berkenaan apabila mengistiharkan bantuan pada seluruh Sekolah Kebangsaan Tamil seluruh Malaysia di Putrajaya.

Tindakan Najib itu bermakna, beliau sendiri melanggari apa yang dilafazkan sebelum hari penamaan calon di ketiga-tiga Dun termasuk di Batang Ai di Sarawak.

Memang telah diduga apa yang diucapkan hanya mainan politik sahaja kerana bila keadaan tersepit BN tidak boleh duduk diam mereka akan melakukan pencemaran politik yang direka sendiri.

Itulah yang dikatakan Umno dan BN. Mereka tetap melakukan rasuah politik semata-mata untuk mencapai kemenangan bagi memulihkan semula semangat ahli dan penyokong mereka yang banyak terjun ke lautan luas sebelum kapal yang dinaiki tenggelam sendirian.

Tambahan lagi untuk memulihkan sokongan takkala Najib dilantik menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang hanya berjawatan Ahli Parlimen Kepala Batas bersama isteri tercinta Tun Jeanne Abdullah.

Esok, hari akhir Najib bersihkan diri!

Esok, hari akhir Najib bersihkan diri!
Izwan Abdul Halim, 5 April 2009, Harakahdaily

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Esok merupakan hari terakhir bagi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya dari kaitan kes Altantuya Shariibu sebelum berdepan 'hukuman' oleh para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil di tiga tempat iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini.

"Di mana esok adalah hari terakhir dia (Najib) boleh bertindak sekurang-kurangnya menyatakan saman kepada akhbar Liberation di Perancis untuk memohon maaf di atas laporan oleh akhbar tersebut," demikian ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin pada sidang media parti itu di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Sikap berdiam diri Najib katanya, menunjukkan seolah-olah beliau akur dengan laporan akhbar tersebut.

Jelas Badrul lagi, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah mengemukakan saman terhadap akhbar di London kerana mengaitkan PAS dengan rangkaian Al-Qaeda di Asia Tenggara dan PAS menang dalam pendakwaan itu manakala akhbar berkenaan turut mohon maaf.

Ujar beliau, begitu juga saman fitnah yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar terhadap sebuah akhbar tempatan di mana Mahfuz turut memenangi kes itu.
"Jadi ini perlu diikuti oleh PM, jika tidak pengundi-pengundi di tiga tempat ini boleh meletakkan penghakiman terhadap PM yang gagal menjawab isu tersebut," tegasnya. -

Gambar-Gambar Kempen 4 April 2009









PROGRAM DSAI DI BUKIT SELAMBAU – 6 APRIL 2009 (ISNIN)



CADANGAN PROGRAM DSAI DI BUKIT SELAMBAU – 6 APRIL 2009 (ISNIN)

PAGI

10.00 – 11.00 pg – Pulut Ikan Masin Bersama DSAI – Kampong Tengkorak Batu
- JDM Pokok Macang

11.00 – 12.00 pg – Jamuan Ringan Bersama Rakyat di Kongsi 6
- JDM Bukit Lembu

TENGAHARI

12.00 -1.00 ptg – Makan Tengahari Bersama Rakyat – Ladang Sungkap Para
– JDM Bukit Lembu

PETANG

1.00 – 3.00 ptg – Rehat - (Perjumpaan dengan "key people")

3.00 – 4.00 ptg – Ramah Mesra bersama Rakyat di Restoran Nanda – Jalan Sekerat (Pekan Sg Petani)

4.00 – 5.00 ptg – Hi-Tea – Kampong Lubuk Segentah (Indian Community)
5.00 - 6.00 Ptg - Hi-Tea – Batu Belacan (Mixed Indian/Malay) -

MALAM

7.30 – 8.30 mlm – Tazkirah - Surau Nur Alam, Kampong Perak

8.30 -9.30 mlm – Indian Culture Show – Bandar Baru, Sungai Lalang

9.30 – 10.30 mlm – Ceramah I - Taman Peruda Utama
10.30 - 12.00 mlm - Ceramah Grand Finale -Pentas AMK – Yayasan Aman, Sungai Lalang

Bkt Selambau: PKR to win by 1,500-2,000

Bkt Selambau: PKR to win by 1,500-2,000

Ong Kian Ming, 5 April 2009, Malaysiakini

If Bukit Gantang is the seen as the referendum seat for new Prime Minister Najib Abdul Razak, Bukit Selambau could be viewed as somewhat of a referendum seat for Anwar Ibrahim, at least on the part of the Indian voters there.

The fact that there are a record number of independent candidates in this by-election (13 in total) and the fact that none of them have dropped out of the race makes predicting the eventual margin of victory very challenging.

Given the difficulties in gauging the reaction of the Indian voters in this seat arising from their unhappiness over the candidate selected by Anwar, S Manikumar, it makes predicting the final margin of victory even more tricky.

My sense is that the votes which PKR will lose from disgruntled Indian voters will be somewhat compensated by the Malay votes it will gain by having the institutional support of the PAS state government in Kedah.

But the larger number of independent candidates and the votes that they will inevitably siphon off from both sides, probably slightly more from PKR than from BN, will mean that the margin of victory for Pakatan will decrease from 2,362 in 2008 to between 1,500 and 2,000 votes.

Net effect of 13 independents

The headlines for the Bukit Selambau seat have been dominated by the record number of independent candidates contesting in this seat. A total of 13 independent candidates – six Indians, six Malays and one Chinese candidate – are contesting in this seat.

Even if each independent candidate only manages to win 200 votes each, this adds up to 2,600 votes or approximately 10% of the total votes cast in the 2008 general election. The question of interest then is whether these independent candidates will take away more votes from BN or from PKR.

A good baseline assumption which one can make is that the Malay independent candidates will likely take away more votes from BN than from PKR and that the Indian independent candidates will likely take away more votes from PKR than from BN.

The Indian independent candidates will likely siphon away Indian voters who were not thinking of voting for BN but are too disgruntled or dissatisfied with the choice of the PKR candidate to vote for him.

The Malay independent candidates will likely siphon away Malay voters who are not willing to support an Indian BN candidate and who are also not willing to vote for an Indian PKR candidate but would prefer to vote for an independent Malay candidate who has former ties to Umno, their party of preference.

Among the Indian independent candidates, perhaps the most formidable and the one most likely to do some damage to PKR is A Jayagopal (above), former PKR Pokok Sena chairman and one of the Indian leaders ‘interviewed’ as a possible PKR candidate.

Among the Malay candidates, Major (Rtd) Anuar Abdul Hamid (right), a former Merbok division committee member of Umno and strong Dr Mahathir Mohamad supporter, is likely to do the most damage to BN.

I cannot with any reasonable degree of accuracy predict the net effect of these 13 independent candidates on the eventual margin of victory.

But I can say that the sense of disgruntlement by the Indian voters in this seat is probably greater than that felt by the Malay voters in this seat (given the long tradition that this seat is an MIC seat) and because of this, the independent candidates will probably take more votes away from the PKR than BN but that this number will be small – probably between 500 to 1,000 at most.

This is because the most disgruntled Indian voters may not show up to vote at all and those which are marginally disgruntled will ultimately choose to vote for the PKR candidate who will become the only Indian exco representative in the PAS-led state government.

Difficult to gauge ethnic-based voting

The lack of ‘saluran’ data and the fact that this seat featured a three-corner fight in 2004 means that I am only able to do an estimation of ethnic voting for the 2008 general election. In that election, I estimated Malay support for the BN to be approximately 63% while the non-Malay support for the BN was approximately 26%.

The relatively high level of BN support in 2008 is a reflection of the fact that the Malay PKR candidate was disqualified from running and that the eventual contest featured an Indian MIC candidate and an independent Indian candidate who later joined PKR after he won the seat.
Using saluran data from the salurans in Bukit Selambau but using returns from the Merbok parliamentary constituency (which Bukit Selambau is part of), I found that the number of votes won by the PKR Malay candidate in Merbok outpaced the number of votes won by the independent Indian candidate in Bukit Selambau by 1,973 votes, or 7.7% of total votes cast at the state level.

In other words, if voters in Bukit Selambau had voted in exactly the same manner which they did for the parliamentary seat of Merbok, independent candidate Arumugam would have won the state seat by 4,300 votes instead of his 2,362 vote majority.

If PKR can reduce the level of Malay support for BN by 5% to approximately 58%, which was the level of Malay support BN received at the parliamentary level in 2008, then it would be on its way to securing victory in this seat.

Decreasing the level of BN support to 58% is not unrealistic given that the Indian opposition candidate now has the institutional backing of PKR as well as the institutional backing of the PAS-led state government.

The Malay voters in this constituency also know that if they vote for the PKR candidate, they are also voting for an exco member in the state government, which should bring access to state resources and services for the voters in this seat.

The fact that the PKR candidate is not seen as coming from within the ranks of Hindraf means that he is probably more ‘acceptable’ to the Malays compared to if he was drawn from the ranks of Hindraf.

The BN can expect the level of support among non-Malay voters to increase slightly, perhaps from 26% in 2008, to 30% in 2009, not because it is winning more non-Malays to its side but because many Indian voters who voted for the opposition in 2008 may ‘boycott’ this by-election because they are dissatisfied with the choice of candidate on the part of PKR.

The fall in the level of support for PKR by the non-Malays is likely to be softened by the fact that Chinese support for the PKR has not been significantly affected by either the presence of independent candidates or by the candidate selection issue on the part of PKR as well as by the fact that the Indian voters in this constituency know that a repeat of the Arugumam situation, where an independent Indian candidate managed to win this seat in 2008, is very unlikely given that there is a PKR Indian candidate running in this contest.

In addition, Indian voters in Bukit Selambau are rational in that they know voting for the PKR candidate also means that they are voting in the sole Indian exco to the PAS-led state government.

Voters turnout crucial

Unlike Perak, there are no state-wide issues which are likely to be particular salient in this contest.

The issue of Najib becoming the new prime minister will likely be somewhat salient but the issue of disgruntlement at Anwar over the candidate selection process which then led to the emergence of a number of independent Indian candidates is probably as consequential as Najib’s premiership.

Pakatan is likely to use the issue of the killing of six Indians in Kulim by the police force and perhaps the death of A Kugan in police hands as key electoral issues to be exploited among the Indian voters in this seat.

The BN will most likely attack the character of the previous state representative, Arumugam, who had to resign because of allegations of improper personal behaviour and perhaps link this to the behaviour of Pakatan’s de facto leader, Anwar Ibrahim.

The usual promises and distribution of goodies by the federal government has already started although this time, Pakatan can counter with support from the PAS-led state government.
As in any by-election, the turnout battle is going to be important in determining the final margin of victory.

An analysis of the voting trends by the average age of the saluran, using the 2008 general elections data, once again shows that the level of BN support is the highest among the salurans with an average age greater than 55 years.

A higher turnout rate among those below the age of 55 and who are working and living outside the constituency would help Pakatan, while a lower turnout rate among this key group of voters will help BN.

Like Bukit Gantang, the relative accessibility of Bukit Selambau to the population centres in Penang and perhaps Perak where some of these outstation voters may work and reside would help increase turnout but the fact that polling day falls on a Tuesday will have the opposite effect.

My assumption is that the turnout rate for this by-election will not change much from the 73.7% in the 2008 general election.

Will Anwar’s gamble work?

Assuming a similar turnout rate, assuming that the level of BN support among the Malay voters fall to 58% and assuming that the level of BN support among the non-Malays increases slightly to 30%, I estimate a 2,500 vote majority for Pakatan.

But I also said that the net effect of the 13 independent candidates will decrease Pakatan’s majority by somewhere between 500 to 1,000 votes. Given this, I arrive at a final estimate of a Pakatan win by between 1,500 to 2,000 votes.

A larger majority for Pakatan means that Anwar’s gamble to field a political newbie that antagonised the Hindraf supporters but may be seen as more acceptable by the Malay voters in Bukit Selambau has paid off.

A smaller majority for Pakatan means that the Indian voters have sent a strong signal to Anwar that the organisational and symbolic strength of Hindraf cannot be taken lightly.


ONG KIAN MING is a PhD Candidate in political science at Duke University. He can be reached at im.ok.man@gmail.com.