Tuesday, February 10, 2009

Blog Khas N25 Bukit Selambau, http://n25bukitselambau.blogspot.com/

Jadual hari ini yang padat dipenuhi dengan pelbagai program yang bermanfaat bagi menggerakkan jentera Keadilan Negeri, khususnya Angkatan Muda Kedah bagi menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau yang dijangkakan akan diadakan dalam tempoh 60 hari mulai dari semalam.

Sebaik sahaja menyelesaikan tugasan menyiapkan deraf awal pindaan perlembagaan parti yang akan dibentangkan semasa Kongres Nasional Khas parti di Alor Setar pada 28 Februari ini, saya bergegas pulang ke Merbok untuk menghadiri mesyuarat khas Angkatan Muda Kedah bersama-sama AMK bahagian Merbok dan teman-teman AMK dari Pulau Pinang sebagai persiapan awal bagi menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Dalam perjalanan pulang, saya sempat singgah ke Tanah Liat di Permatang Pauh bagi menziarahi jenazah Allahyarham Dato' Noordin Abdullah atau Cikgu Noordin, yang merupakan salah seorang sukarelawan Yayasan Aman yang menjaga hal ehwal program-program pendidikan Yayasan di Pulau Pinang. Arwah juga merupakan bekas pegawai khas Dato' Seri Anwar (DSAI) semasa DSAI mula-mula memegang jawatan dalam kabinet Malaysia dahulu. Beliau kembali ke rahmatUllah kerana serangan jantung awal pagi semalam dan jenazah selamat disemadikan selepas solat asar di kampung beliau.

Selepas maghrib, kira-kira jam 8.30 mlm, saya memulakan mesyuarat dengan memberikan taklimat latarbelakang PRK Bukit Selambau. Kehadiran sangat mengembirakan saya, malahan di luar jangkaan. Dari riak wajah teman-teman yang hadir, jelas insiden tragedi di Perak tidak sedikitpun menjejaskan semangat teman-teman untuk turun membantu dalam PRK Bukit Selambau ini. Selepas menyediakan deraf asas perancangan jentera pilihanraya AMK negeri, mesyuarat bersetuju untuk terus membuka bilik gerakan AMK negeri mulai esok dengan pendaftaran sukarelawan anak muda bagi membantu semasa pilihanraya.

Teman-teman AMK negeri juga sebulat suara bersetuju untuk tidak mencampuri urusan pemilihan calon dan menyerahkan sebulatnya kepada pimpinan parti untuk membuat keputusan. Fokus kita adalah memastikan jentera pilihanraya AMK akan mampu bergerak dengan selancar boleh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat nanti.

Satu blog khas untuk Bukit Selambau terus diwujudkan tadi, dan ianya boleh dilayari sekarang di alamat http://n25bukitselambau.blogspot.com.

Selepas mesyuarat, saya bergegas menziarahi satu lagi jenazah ayahanda kepada seorang jawatankuasa AMK Bahagian, sdr Nazri yang kembali ke rahmatUllah petang tadi, juga kerana serangan jantung. Selepas itu, saya mengadakan beberapa pertemuan tidak rasmi dengan teman-teman dari PAS kawasan untuk berbincang beberapa perkara persiapan untuk PRK akan datang. AlhamduliLlah, teman-teman dari PAS memahami keadaan dan perkembangan semasa dan memberikan komitmen untuk sama-sama membantu dalam kempen nanti.


Petang esok, satu sesi taklimat khas PRK Bukit Selambau bersama sdr Azmin, selaku Pengarah Pilihanraya Pusat dan seluruh JK Perhubungan Negeri Kedah serta bahagian Merbok akan diadakan. Saya akan memberikan taklimat latarbelakang PRK Bukit Selambau serta butiran keputusan serta latarbelakang geopolitik pengundi di Bukit Selambau. InsyaAllah selepas sesi taklimat esok, kita akan mengarahkan semua bilik-bilik gerakan parti di semua 22 daerah mengundi dibuka menjelang hujung minggu ini.

Saya yakin, dengan semangat dan daya juang teman-teman semua, insyaAllah kita akan sekali lagi beroleh kemenangan. Secara peribadi, saya mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada saudara Arumugam yang telah cuba memberikan perkhidmatan terbaik beliau sepanjang 10 bulan berkhidmat sebagai wakil rakyat mewakili parti di Bukit Selambau. Sikap 'gentleman' beliau yang sanggup memilih untuk meletakkan jawatan daripada tunduk kepada pujukan dan ugutan BN adalah sesuatu yang boleh dicontohi.

Untuk teman-teman dari luar yang akan berkampung di Bukit Selambau nanti, saya ucapkan selamat datang, ahlan wasahlan!! Jangan lupa, inilah masanya yang terbaik untuk kita buktikan kuasa dan daulat rakyat!!

Selamat Berjuang!! Reformasi!!

7 comments:

  1. diharapkan agar di dalam kempen-kempen pilihanraya kecil ini, isu-isu yang melibatkan raja-raja tidak diutarakan. yang penting ialah isu ekonomi yang sudah tidak keruan.

    suasana politik mac 2008 dan mac 2009 mungkin telah berubah.

    para pengundi memerlukan kehadiran mereka yang bersih dan mampu (credible and competent). aksi-aksi politik sudah boelh dikesampingkan.

    let's move on.

    lentera jagat

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa berkampung di dewan PAS bukit selambau. UPU semua berkampung disitu.

    ~PAS TENGKORAK BATU~

    ReplyDelete
  3. Setuju bahawa politik hari ini sudah berbeza dari 8 Mac 2008. Pimpinan politik mesti sedar semua itu dalam membuat pilihan calon wakil rakyat untuk pengundi Bukit Selambau.

    Harap sdra semua dapat turun berkampung membantu siapa sahaja calon PR nanti

    ReplyDelete
  4. saiful,

    tak kira sapa pun calon, mesti ada suara-suara sumbang yang akan kedengaran.Harapan saya agar orang tidak membesarkan isu sapa yang tidak terpilih kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

    ReplyDelete
  5. kan ketua AMK Kedah ada masuk tanding aje itu kan dulu tempat dia last minit buat silap itu la sekarang ni kita semua dah rasa apa rakyat di bukit selambau rasa tertipu dek Ketua AMK Kedah ni.

    ReplyDelete
  6. sekarang ini kedengaran ramai orang yang menyatakan hasrat untuk bertanding di bukit selambau .. ada yang nak mewakili parti ramai yang nak bertanding sebagai calon bebas. Walau apa pun PR dah bersetuju PKR lah yang mendapat mandat untuk bertanding mewakili PR di situ. Satu persoalan ramai pula yang berkata calon PKR mestilah dari kalangan orang India tak kurang juga yang mahukan calon Melayu.

    Sdr Saiful, walau siapa pun calon yang bakal ditonjolkan oleh PKR sebagai calon nanti perlulah kita ingat sebagai penyokong PR bahawa jika India yang dipilih sebagai calon nanti bukanlah kerana dia tu keturunan India, jika melayu yang terpilih juga bukan kerana dia melayu begitu juga jika cina yang terpilih .... Calon yang terpilih itu adalah kerana dia mampu memenangi kerusi N.25 Bkt. Selambau untuk PR tanpa mengambil kira apa jua ras dan keturunannya ... PKR adalah parti pelbagai kaum dan pelbagai budaya calon PKR itu tidak mewakili mana2 satu kaum sebab PKR ADALAH COLOUR BLIND . Kita tak perlu dan tidak akan terikut2 dengan rentak BN yang menempatkan calonnya yang bertanding berdasarkan sifat perkauman yang tebal... biarlah BN dengan acuan mereka , namun kita PKR ini dengan POLITIK BARU perlu mara dengan acuan kepelbagaian kita kerana itu identiti kita yang sebenarnya ... HIDUP RAAKYAT ... RACISM SUCKS ...

    ReplyDelete
  7. Saya sependapat ngan komen saudara ramli.PKR menghormati hak semua kaum..wakil PR mestilah jadi WAKIL RAKYAT utk org bukit Selambau.
    Bila dah jadi YB nanti, jengok-jengok lah ORANG SIKIT, maksud saya ORANG SIAM sama no..
    Walaupun kami SIKIT tak RAMAI tak BESAR tapi HATI KAMI PUN BESAR MACAM KAUM-KAUM LAIN juga..!

    ReplyDelete