Monday, February 2, 2009

Kisah 2 ADUN PKR Perak-JANGAN CEPAT MELATAH!!

Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.

Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!

Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan. Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!

Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!

Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.

Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!

Saiful
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat

3-2-2009

9 comments:

  1. salam saiful..salam ziarah..
    kalu buleh postingkan benda nie ke blog perak ekspress..tau kot url dia..

    ReplyDelete
  2. saiful,

    mcm mana org tak bising, ke mana jamal dan kapten osman pergi selama 5 hari. lepas speaker menerima surat letak jawatan baru dia muncul... Sepatutnya nizar tau apa yang terjadi kepada kedua-dua mereka..... ini tidak, keluarga pun tidak tahu ke mana mereka pergi....

    ReplyDelete
  3. Saya faham kegelisahan teman-teman, saya juga turut gelisah, lebih-lebih lagi memikirkan keselamatan mereka. Cuma, kita harus lebih berhati-hati dalam menyebarkan berita yang kita sendiri tak pasti sumbernya

    ReplyDelete
  4. info yg bagus.dalam perjuangan,kita tak tau sapa yg ikhlas sapa yg tidak.well done bro.

    ReplyDelete
  5. Asslm. sy pun keliru mengenai isu ini. Tapi jwp kepada semua persoalan....kemana mrk menghilang. Tel tidak smspun tidak. surat mc letak kat pej sj.Tel bini nasa Maklumat MIO Mej XXXX masa kat Trganu dsbnya.tolong jelaskan.........fm teman bual arwah cikgu khalil di tapah

    ReplyDelete
  6. salam tuan,

    senanng citer publilshkan sepenuhnya apa yg dimaksudkan "Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian".

    saya rasa semua org nak tau apa butir2nya.

    BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.
    INGAT ALLAH, INGAT RAKYAT...

    ReplyDelete
  7. Asslm. Apa cerite pasai 2 mamat PKR ni. Yg DAP aku tak mau sentuh. Mcmmana hang kata hang kenai sgt jamal. Aku dari dulu lagi risau pasai geng PKR. Depa tak ditarbiah betulx. Banayak yg masih ada perangai UMNO. Alhamdulillah DSAI sedar dan telah banyak buat program penghayatan islam kat ahli dan pimpinan PKR. Ramai tak istiqamah dlm perjuangan ....tidak spt sdr gobala, tian chua, syed husin dll. hangpa tlg tengok YB Rozai. Aku dah pencen mat terap bila balik negeri banyak aku dengar pasai rozai ni. Nipun dulu kerja pos juga. Depa kata nakcari mcm Ahmad Kassim susah kat kedah ni. Tapi yg lain aku takla dengar cerita. Kaw aku masa pilihanraya lepas calon DUN dan parlimen PKR msk tapi seorang pun tak ada seorangpun org PKR ada. Tapi aku dan kwnx faham PKR msh baru. Tapi hantar la mai seorang dua. apaxpun PKR mesti mentarbiahkan ahlix supaya tidak mengikut perangai dlm UMNO. Buat kerja bukan nak harapkan habuan. Maaf jika ada yg terguris. Mat Terap kwn arwah Cikgu Khalil semasa kat Tapah

    ReplyDelete
  8. asslm. Aku amat setuju dgn tokey blog notoumno yg kata dia bahawa wak pernah berkata ... "Jangan bawa perangai UMNO masuk ke dalam Pakatan rakyat.".Tu la jadi kat 2 ekor tu. Org Melayu Islam pula tu. Wlu apapun marilah kita semua berusaha sgar peristiwa begini tak terjadi lagi dikalasngan ahli dan pemimpin pakatan rakyat. Ingat setiap apa yg kita lakukan akan diperhitungan di hari akhirat kelak. . fm..Mat Terap kwn arwah Cikgu Khalil semasa kat Tapah

    ReplyDelete
  9. encik saiful izham..

    nie apahal berdua nih tiba-tiba MC taknak masuk court???

    cuba terangkan sedikit.. sampai si osman jailu tu terkantoi la.. masuk ICU takkan 2-3 hari dah boleh jalan pakai coat kot??

    ICU tu bang.. penah masuk ICU tak?

    ReplyDelete