Tempoh 24 jam terakhir ini adalah satu tempoh yang agak mencemaskan. Saya mendapat arahan parti untuk bertemu dan mewakili ADUN PKR Bukit Selambau, sdr Arumugam bagi membantu beliau berhadapan dengan situasi ugutan yang menjadi-jadi terhadap beliau dan keluarga beliau sejak akhir-akhir ini. Perincian kes tidak dapat saya dedahkan kerana ianya melibatkan siasatan jenayah oleh pihak polis dan mungkin BPR. Namun, apa yang jelas wakil rakyat PKR yang merupakan exco kerajaan negeri ini semakin cemas, lebih-lebih lagi dengan perkembangan apa yang sedang berlaku dengan teman-teman di Perak.
Selepas mengambil kenyataan beliau, sdr Arumugam, saya dan sdr Johari Abdul (sekarang Dato Johari), ahli parlimen Sungai Petani membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Kuala Muda pada kira-kira jam 12 tengahari. (laporan polis akan discan dan dikeluarkan nanti).Selepas itu, satu sidang akhbar dibuat di pejabat PKR Sungai Petani dengan kehadiran tambahan Dato Rashid Din (Merbok) dan Senator Haji Zamri Yusof. Pada masa yang sama, saya mengerahkan pada malam sebelumnya jentera AMK Sungai Petani untuk memantau dan mengawasi keselamatan sdr Arumugam dan keluarga beliau.
Kita menjangkakan akan ada tindakbalas keras dari pihak BN Kedah tentang perkembangan ini. Kita di Kedah akan terus membuat pendedahan secara terbuka siri ugutan jenayah dan politik terhadap ADUN-ADUN PKR Kedah sejak Mac 2008. Tunggu dan lihat saja!! Kita tengok tembelang siapa yang pecah!!!
No comments:
Post a Comment