Thursday, February 5, 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)
Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.
Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:
"Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan."
Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

2 comments:

  1. UMNO dan Raja memang tak boleh dipisahkan. UMNO memang parti yang dekat dihati raja. Tanpa UMNO siapalah raja. UMNO lah yang telah menentang konsep Malay Union yang telah menurunkan kuasa raja.
    Oleh itu jasa UMNO kepada raja memang besar.
    Apatah lagi 28 ADUN yang akan mengangotai kerajaan baru di Perak nanti adalah UMNO.
    Raja melihat UMNO sebagai parti yang terus menghormati kedudukan raja.
    Nampaknya rancangan Presiden PKR untuk mengembalikan kekebalan Raja kalau mereka berkuasa tidak dapat menarik perhatian raja. Mungkin raja menganggap rancangan itu sebagai gula-gula politik saja.

    ReplyDelete
  2. UMNO ketika era Malayan Union adalah UMNO lama yg dibarisi oleh segenap apisan masyarakat ketika itu. UMNO hari ini adalah UMNO yang sarat dengan budaya rasuah dan khianat amanah. Menghina dan menderhaka raja-raja Melayu adalah dimulakan oleh UMNO sejak 1987 lagi. Fakta sejarah ini tidak akan dapat dipadam dari tinta sejarah orang Melayu.

    ReplyDelete